top of page
Asset 1_10x-8.png

Buka Buku Mengandung Nauramom

NuaraMom-Book.jpg

Siapa NauraMom?

NauraMom ialah gelaran istimewa untuk ibu-ibu hamil yang membuka buku pink dan menjalani pemeriksaan kehamilan secara berkala di Klinik Naura.

​

Sebagai NauraMom, anda bukan sahaja menerima rawatan perubatan tetapi juga sokongan berterusan sepanjang kehamilan.

Buka Buku Pink Nauramom

Tahniah atas kehamilan anda!
Di Klinik Naura, buku pink (Buku Rekod Kesihatan Ibu Hamil) boleh dibuka seawal 7 minggu kehamilan, iaitu apabila janin telah terbentuk dan denyutan jantung bayi dapat dikesan melalui pemeriksaan ultrasound.

 

Pembukaan buku pink di peringkat awal membantu pemantauan kehamilan yang lebih teratur, teliti dan berterusan demi kesihatan ibu dan bayi.

​

Kenapa Buka Buku Pink di Klinik Naura?

Kami memahami keperluan ibu hamil yang mahukan rawatan berkualiti dalam suasana yang selesa dan tidak tergesa-gesa.

​

Antara kelebihan membuka buku pink di Klinik Naura:

✔ Temujanji yang lebih fleksibel dan mudah disesuaikan dengan jadual ibu
✔ Masa menunggu yang lebih singkat
✔ Pemeriksaan ultrasound (scan) dilakukan lebih kerap untuk memantau perkembangan bayi
✔ Ujian darah hemoglobin / FBC dilakukan di klinik dengan keputusan diperoleh serta-merta
✔ Pemeriksaan dikendalikan oleh doktor wanita berpengalaman
✔ Semua pemeriksaan di satu tempat konsultasi doktor, scan dan ujian darah tanpa perlu ke lokasi berasingan
✔ Suami dialu-alukan dan digalakkan hadir semasa konsultasi dan sesi scan
✔ Buku Pink NauraMom lengkap dan diterima di hospital serta klinik kerajaan dan swasta

Kami percaya pengalaman kehamilan yang baik bermula dengan penjagaan yang terancang dan sokongan yang betul.

Kelebihan Eksklusif Untuk Nauramom

Sebagai tanda komitmen kami terhadap penjagaan ibu dan bayi, NauraMom akan menikmati manfaat berikut:

✔ Diskaun untuk ujian darah terpilih
  – Ujian hemoglobin / FBC
  – Ujian air gula (MGTT)
  – NT scan
  – Detailed scan
  – Scan 5D

✔ Diskaun pembelian vitamin prenatal
  – Iron
  – Kalsium
  – DHA

✔ Akses ke Telegram Channel Tertutup NauraMom Eksklusif
  – Perkongsian maklumat
  – Tips kehamilan
  – Sokongan komuniti ibu hamil

✔ Diskaun 5% untuk check-up dan imunisasi bayi
  – Dari usia 2 bulan sehingga 18 bulan

 

Manfaat ini bertujuan untuk membantu ibu menjalani kehamilan dengan lebih yakin, terancang dan menjimatkan.

Happy mom and baby_.png

Proses Buka Buku Pink NauraMom

Kami faham lawatan pertama untuk buka buku pink mungkin terasa mendebarkan, terutama bagi ibu yang pertama kali hamil. Di Klinik Naura, proses ini dilakukan dengan teratur, tenang dan diterangkan satu per satu supaya ibu rasa lebih selesa.

1

Langkah 1: Pemeriksaan Awal & Pengambilan Maklumat

Semasa lawatan pertama, jururawat akan:

  • Mengambil maklumat peribadi ibu

  • Memeriksa tekanan darah, berat badan dan BMI

  • Melakukan ujian air kencing

  • Mengambil sampel darah sebagai sebahagian daripada pakej antenatal asas
    (termasuk kumpulan darah, hemoglobin/FBC, dan saringan kesihatan kehamilan)
     

Semua pemeriksaan ini penting untuk mendapatkan gambaran awal kesihatan ibu dan kehamilan

2

Langkah 2: Semakan Sejarah Perubatan

Doktor wanita akan:

  • Meneliti sejarah kesihatan ibu

  • Menyemak sejarah kehamilan terdahulu (jika ada)
     

Bagi ibu yang pernah mengandung sebelum ini, sila bawa Buku Pink kandungan lalu untuk rujukan.

3

Langkah 3: Pemeriksaan Ultrasound (Scan)

Pemeriksaan ultrasound akan dilakukan untuk:

  • Melihat keadaan dan denyutan jantung bayi

  • Menentukan usia sebenar kandungan

  • Menganggarkan tarikh jangka bersalin (EDD)
     

Doktor akan menerangkan hasil scan dengan jelas supaya ibu faham perkembangan bayi.

Baby Scan.png

Kekerapan Check-Up Kehamilan NauraMom

Bagi kehamilan normal tanpa komplikasi, kekerapan pemeriksaan adalah seperti berikut:

 

  • Bawah 28 minggu → sebulan sekali

  • 28 hingga 36 minggu → dua minggu sekali

  • 36 minggu ke atas → seminggu sekali
     

Kekerapan ini membantu memastikan ibu dan bayi dipantau dengan baik sehingga ke saat kelahiran.

​

Ibu tidak perlu risau.


Setiap pemeriksaan akan diterangkan dengan jelas dan dilakukan mengikut keperluan individu ibu. Hubungi Kami untuk menajdi NauraMom

FAQS

Soalan Lazim Tentang Nauramom

Ya, puan boleh bersalin di hospital kerajaan tanpa sebarang masalah. Pemeriksaan dan ujian yang dilakukan di Klinik Naura adalah lengkap dan mengikut prosedur standard, sama seperti di klinik kesihatan kerajaan.

​

Ramai pesakit Klinik Naura telah selamat bersalin di Hospital Kulim dan hospital kerajaan lain.

Jika puan memilih untuk menjalani pemeriksaan kehamilan sepenuhnya di Klinik Naura, puan tidak perlu membuka buku pink di klinik kerajaan dalam masa yang sama.

Namun selepas bersalin, puan perlu memaklumkan kelahiran di klinik kesihatan dengan membawa Buku Pink Klinik Naura dan meneruskan pemeriksaan postnatal ibu dan bayi di sana.

Buat masa ini, Klinik Naura tidak menyediakan pemeriksaan kuning bayi dan lawatan susulan berkala sepanjang tempoh berpantang.

​

Selepas bersalin, puan perlu memaklumkan kelahiran di klinik kesihatan dengan membawa surat discaj hospital dan Buku Pink.

​

Walau bagaimanapun, puan boleh mendapatkan pemeriksaan doktor di Klinik Naura untuk perkara seperti:

  • Masalah luka bersalin

  • Bengkak atau sakit payudara

  • Pemeriksaan kesihatan bayi jika ada kebimbangan tertentu

Ujian MGTT (Glucose Tolerance Test) ialah ujian untuk menilai bagaimana tubuh ibu mengawal paras gula dalam darah semasa hamil.

​

Ibu akan diberikan minuman bergula yang mengandungi 75g glukosa, dan paras gula darah akan diperiksa mengikut tempoh tertentu.

​

Mengikut garis panduan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), ujian ini perlu dilakukan kepada ibu hamil yang berisiko, kerana perubahan hormon semasa hamil boleh menyebabkan paras gula darah meningkat tanpa disedari.

​

Ujian ini penting untuk mengesan diabetes semasa hamil (GDM) lebih awal demi keselamatan ibu dan bayi.

Buku Pink boleh dibuka seawal 7 minggu kehamilan, apabila janin telah terbentuk dan denyutan jantung bayi dapat dilihat melalui pemeriksaan ultrasound.

Ya, sila bawa:

  • Kad pengenalan

  • Buku Pink kandungan terdahulu (jika pernah mengandung)

  • Rekod perubatan berkaitan (jika ada)

Klinik Naura Dr Radhiya Razif

No. 31, Persiaran 1, Kulim Avenue, Kulim Hi-Tech Park, 09000 Kulim, Kedah.

​

Email: nauracaraent@gmail.com

Phone: +604-402 6141

Phone: +6019-4883440

Hours: Isnin-Jumaat 8:30AM - 9:30PM

Hours: Sabtu-Ahad 8:30AM - 1:30PM

Klinik Naura Dr. Radhiya Razif
Klinik Naura Dr. Radhiya Razif
  • Facebook
  • Instagram
  • TikTok

Menu

Halaman Utama

Tentang Perkhidmatan

Testimoni

Hubungi

Perkhidmatan

Check-Up Kehamilan

Check-Up Kehamilan (2D/Detailed/5D)

Pap Smear

Buka Buku Mengandung Nauramom

Vaccine Kanak-Kanak Dan Dewasa

Rawatan Dan Jahit Luka Bersalin

Sunat Bayi Perempuan

Check up Bayi dan Imunisasi

bottom of page