top of page
Asset 1_10x-8.png

Check-Up Kehamilan (Antenatal Care)

Check up kehamilan.png

Pemeriksaan kehamilan yang berkala sangat penting untuk memastikan ibu dan bayi berada dalam keadaan sihat dan berkembang dengan baik. Di Klinik Naura, anda boleh mendapatkan check-up kehamilan dengan doktor wanita berpengalaman sama ada anda Nauramom kami (buka buku pink di sini) ataupun terlepas tarikh di klinik kesihatan atau ingin pemantauan tambahan.

 

Pemeriksaan antenatal kami merangkumi:
– Pemeriksaan tekanan darah
– Ujian air kencing
– Pemeriksaan kesihatan ibu
– Ultrasound bagi melihat perkembangan bayi
– Ujian darah seperti hemoglobin / Full Blood Count (FBC)

 

Kami juga menyediakan vaksin ATT (kancing gigi), ujian minum air gula (MGTT), serta pengambilan sampel HVS C&S dan ujian darah lain mengikut keperluan semasa kehamilan.

 

Bagi ibu yang telah cukup bulan dan mula mengalami kontraksi ringan atau tanda awal bersalin, pemeriksaan VE (pemeriksaan bukaan) boleh dilakukan selagi sakit masih belum kuat dan air ketuban belum pecah.

 

Di Klinik Naura, setiap pemeriksaan dilakukan dengan teliti dan penerangan yang mudah difahami — supaya ibu sentiasa yakin dan tenang sepanjang perjalanan kehamilan.

Soalan lazim berkenaan Ujian Kehamilan

Ujian MGTT (modified glucose tolerance test) dilakukan bagi mengesan diabetes di kalangan ibu hamil. Buat masa sekarang, MGTT diwajibkan ke atas semua wanita hamil berusia 25 tahun dan ke atas atau yang mempunyai faktor risiko seperti obesiti, sejarah diabetes dalam keluarga, sejarah melahirkan bayi yang besar, sejarah melahirkan bayi cacat fizikal, sejarah keguguran berulang kali dan lain-lain lagi.

Suntikan ATT atau anti-tetanus toxoid diberi kepada semua wanita hamil ketika kandungan berusia sekitar 20 minggu. Ia menghalang risiko jangkitan bakteria Clostridium tetani yang boleh menjangkiti wanita melalui luka bersalin, dan menjangkiti bayi melalui tali pusat bayi yang telah dipotong. Kesan jangkitan tetanus adalah amat serius dan berisiko tinggi menyebabkan kematian.

Sebelum ujian MGTT dilakukan, anda perlu berpuasa selama 8 hingga 10 jam bermula pada sebelah malam. Keesokan paginya, sampel darah yang pertama akan diambil (fasting blood sugar-FBS). Sebaik selepas pengambilan darah yang pertama, anda akan diberi minuman segelas air glukos berperisa oren atau anggur, sejuk atau suam mengikut permintaan anda. Minuman ini perlu dihabiskan dalam masa kurang dari 10 minit. Anda kemudian perlu menunggu selama 2 jam sebelum pengambilan sampel darah yang ke-2 diambil (2-Hour Post Prandial-2HPP). Waktu 2 jam ini anda bebas untuk pulang ke rumah atau boleh memilih untuk menanti di klinik.

​

Keputusan ujian MGTT biasanya siap dalam beberapa hari, kurang dari seminggu. Bacaan gula yang normal ketika hamil ialah 5.0 dan ke bawah bagi bacaan fasting blood sugar dan 7.7 ke bawah bagi bacaan 2HPP.

Klinik Naura Dr Radhiya Razif

No. 31, Persiaran 1, Kulim Avenue, Kulim Hi-Tech Park, 09000 Kulim, Kedah.

​

Email: nauracaraent@gmail.com

Phone: +604-402 6141

Phone: +6019-4883440

Hours: Isnin-Jumaat 8:30AM - 9:30PM

Hours: Sabtu-Ahad 8:30AM - 1:30PM

Klinik Naura Dr. Radhiya Razif
Klinik Naura Dr. Radhiya Razif
  • Facebook
  • Instagram
  • TikTok

Menu

Halaman Utama

Tentang Perkhidmatan

Testimoni

Hubungi

Perkhidmatan

Check-Up Kehamilan

Check-Up Kehamilan (2D/Detailed/5D)

Pap Smear

Buka Buku Mengandung Nauramom

Vaccine Kanak-Kanak Dan Dewasa

Rawatan Dan Jahit Luka Bersalin

Sunat Bayi Perempuan

Check up Bayi dan Imunisasi

bottom of page