

Pencegah Kehamilan

Ramai wanita risau tentang:
-
naik berat
-
pendarahan tidak stabil, kitaran haid terganggu
-
Kaedah perancang keluarga mengurangkan susu badan
-
tak tahu kaedah mana paling sesuai
-
tiada penerangan yang jelas tempat lain
Bagaimana kami membantu:
Doktor wanita kami menerangkan setiap pilihan beserta kelebihan, risiko dan jangkaan kesan sampingan, supaya anda boleh buat keputusan dengan yakin.
Pilihan Selamat & Sesuai Mengikut Gaya Hidup Anda
Perancang keluarga penting untuk kesihatan wanita, jarak kehamilan yang sihat dan kestabilan emosi. Di Klinik Naura, doktor wanita kami membantu anda memilih kaedah yang paling sesuai mengikut tubuh, gaya hidup dan tahap kesihatan anda dengan penerangan yang jelas dan tanpa tergesa-gesa.
​
Servis Perancang Keluarga di Klinik Naura:
✔ Pil perancang (combined pill / progesterone-only-pill)
✔ Suntikan perancang
✔ Implanon
✔ IUCD -alat dalam rahim